New Page 1

 

 

 

 

 

Mata-mata @ JAMIS UPM (Jaringan Mahasiswa Islam Se-Malaysia UPM)

E-mail: matamatajamisupm@yahoo.com

 

.

 

 

Tarikh: 26 Febuari 2007

Rujukan Kami: www.mata-matajamisupm07-3.blogspot.com

 

Ke Hadapan,

Naib Canselor UPM,

Prof. Dato'. Dr. Nik Mustapha R. Abdullah

Pejabat Naib Canselor,

Canseleri,

Universiti Putra Malaysia,

43400 UPM, Serdang Selangor

E-mail: nc@putra.upm.edu.my   

 

Dato',

 

 

 

 PER:

MASALAH PARKING TERHAD, MAHASISWA TERGUGAT

 

 

Sayugia dimaklumkan bahawa, mahasiswa UPM amat tidak berpuas hati dengan tempat meletak kenderaan yang dihadkan sehingga kawasan tempat meletak kenderaan utama seperti di Pusat Meletak Kenderaan DKAP. Kawasan fakulti yang diwartakan sebagai kawasan larangan meletak kenderaan bagi kenderaan pelajar, telah banyak menyulitkan kehidupan mahasiswa yang mempunyai kenderaan sendiri.

 

 

Penempatan kenderaan pelajar di Kampus UPM.

"Semua kenderaan pelajar UPM dikehendaki meletak kereta di Medan Akademik Pusat mulai 1 Febuari 2007 (Khamis)"

Rujukan http://www.bk.upm.edu.my/centre.htm

 

Pekeliling yang diwartakan di laman web Bahagian Keselamatan dan notis-notis yang ditampal di sekeliling kampus, telah mengejutkan banyak pihak, terutamanya mahasiswa. Hal ini lebih-lebih lagi menyulitkan mahasiswa yang ke kuliah dengan menunggang motorsikal kerana majoriti mahasiswa yang berkenderaan di kampus UPM adalah mereka yang mempunyai motorsikal.

 

Seharusnya, satu justifikasi perlu dilaksanakan oleh pihak UPM agar keadilan yang sama rata (win-win) dapat diwujudkan, kerana ia bukan sekadar memberi kebajikan kepada mahasiswa, malah memudahkan perlaksanaan pekeliling meletak kenderaan yang lebih efisien.

 

 

Harapan dan perhatian.

Maka dengan ini, diharap kepada pihak Naib Canselor sebagai kepala universiti dan penentu kebajikan mahasiswa di kampus hijau ini, pihak kami amat mengharapkan ihsan dan timbang rasa dari pihak Dato'. Semoga dengan usaha yang diambil oleh pihak Dato' dalam meringankan masalah meletak kenderaan mahasiswa di kampus fakulti UPM akan dapat memudahkan urusan mahasiswa seharian di UPM. Usaha dan penyelesaian dari pihak Dato' amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

JazakAllahwa Khairan Jazza.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

 

Yang benar,

 

MM-JAMIS UPM

____________________

(Mata-mata JAMIS UPM)

 

 

s.k. -mahasiswa/ibubapa/penjaga

 

 

 

 

    <<Kembali ke Halaman Utama MU

 

Laman Web - JAMIS UPM dibangunkan oleh

Editor JAMIS UPM. <editor_jamisupm@yahoo.com.my>

Laman Web - Mahasiswa-UPM dibangunkan oleh

Putra Belia Bersatu UPM (PBBUPM) <mahasiswaupm@yahoo.com>